Kuweh teringat kata-kata sorang member ..
"Apa yang kita nak cari dalam hidup? Harta atau pengalaman? Kalau mati, dua-dua akan tinggal. Kalau dapat harta dan pengalaman. dua-dua ada kenikmatannya. Tapi mana satu yang paling ko penting?"
Terkedu jugak nak jawab. Harta atau pengalaman?? Bagi Kuweh, dua-dua penting. Tp yang paling penting, keberkatan dalam setiap kenikmatan dan rezeki kita perolehi.
Apa kaitan dengan title Kuweh kali ini??
PENGALAMAN.
Melalui satu perjalanan. Satu tujuan. Satu pembelajaran dalam kehidupan. Satu pengalaman merasai apa yang belum lagi kita terokai. Ayuh kita travel!!!
Hari nih Kuweh cuti sampai Selasa memandangkan my wife amik cuti hari Isnin. Belah barat cuti kapit so Kuweh amik peluang untuk berjalan-jalan umah sedara belah UTARA!! .. yeah .. berjalan ke utara lagik. Semuanya UNPLAN. Ikut asalnya lepas pi Kota Bahru, nak balik KT. But OTW ke KB, fikir doq fikir doq fikir, tukar plan pi KEDAH. Selain dapat tengok mak sedara wife Kuweh sakit, dapatlah pi makan angin sekali kat sebelah sawah.
Perjalanan dari KB jam 8.30am lepas berbekfes nasi berlauk di Tumpat KB. Mengikut kata Ayoh Ku, Kuweh kena jalan ikut Grik. Wah ... GRIK?? Tak pernah sepanjang hidup aku lalu kawasan tu. So, sangattttt teruja.
Mengikut firasat Ayoh Ku, perjalanan mengambil masa 5-6 jam. So Kuweh bajet kul 1-2pm sampai. InsyaAllah. Memang adventures abislah sbbnya sepanjang perjalanan ni rasa cuak pun ada, rasa teruja pun ada, rasa tak sabar nak sampai pun ader. Yelah, dah jumpa signboard camnih ..
Kalaulah Kuweh jumpe betul, sedang melintas jalan ke, sedang duk berehat tepi jalan ke .. Mau tak terketar-ketar kaki ni menengok binatang besor nih depan mata. Huhuhuhu .. Kalu di pijaknya keter neo aku nih, abih enjin2 kena tukar EVO ... hahah .. But, Alhamdullillah .. Selamat semuanya. Ada beberapa kawasan agak berkabus, sejuk dan nyaman. Teringat plak masa kat Bandung, on the way nak naik ke Puncak. Lebih kurang lah ...
Sampai di Grik, lalulah ke satu jambatan. Agak panjang. Rerupanya Kuweh sedang melintasi kawasan taman negeri royal Belum. Singgah sat kat sini. Owh, ada empangan temenggor. Ada pakej nak round pulau, rege dalam RM120. Tp kalau naik dua orang pun RM120 jugak. Rugi ler kalau mcm tu. Terus cancel. So, amik gambar2 kat area tu je lah. Next time lah yer sayang ..

Sampai satu batang jalan, ternampak signboard "Tugu Peringatan Jalan Timur Barat". Bentilah kejap nak amik gambaq. Masa tu takderlah rasa ape2 yang tak best .. Then bile preview gambar dalam keter, baru lah tahu ..
"Jalan Raya Timur Barat (Gerik - Jeli) telah dibuka kepada lalulintas pada 1hb Julai 1982. Banyak nyawa telah terkorban semasa kerja pembinaan dilaksanakan mulai tahun 1970. Ada yang terkorban semasa kemalangan di tempat kerja dan ada yang diserang oleh pengganas komunis."
"Di lokasi ini, 63 buah mesin jentolak tanah telah diletupkan oleh pengganas komunis pada 23hb Mei 1974. Di lokasi ini juga tiga nyawa pekerja JKR telah terkorban dan beberapa lagi cedera dalam serangan pengganas pada 27hb Ogos 1974. Beberapa serangan lain juga telah berlaku di sepanjang jalan raya yang melibatkan pekerja JKR dan anggota pasukan keselamatan. Kita peringati semua yang telah berkorban nyawa bagi menjayakan pembinaan Jalan Raya Timur Barat ini."
"Sila sedekahkan Al-Fatihah pada orang-orang yang terkorban di sini."
.............................